Nasi Ulam Herba

Juadah enak lagi berkhasiat serta bermanfaat besar buat tubuh.

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 40 minit

Bahan-bahan:
4 ikan kembung bakar, diambil isinya
3 cawan beras
1 serai, diketuk
Beberapa batang pokok serai kayu, diketuk
Beberapa batang kesum, diketuk
Beberapa batang pudina, diketuk
10 bunga telang, direndam dengan tiga cawan air
*Segenggam daun kesum
*Segenggam daun selasih
*Segenggam daun pudina
*Segenggam daun pucuk petai belalang
*Segenggam pucuk serai kayu
*Segenggam ulam raja
*2 bunga kantan
*2 serai muda

Bahan Sambal Belacan:
5 cili merah
Sedikit cili padi
½ belacan bakar
Gula dan garam, secukup rasa
2 asam limau
(Sediakan sambal seperti biasa dengan menumbuk bahan-bahannya dan perah asam limau)

Cara Membuatnya:
1. Sediakan sambal belacan dengan menumbuk kesemua bahan dan perah asam limau.
2. Seterusnya, masukkan beras yang sudah dicuci ke dalam periuk nasi dan masukkan kesemua bahan batang yang diketuk.
3. Tapiskan air rendaman bunga telang kedalam periuk nasi dan masukkan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
4. Setelah nasi masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
5. Hiris kesemua bahan yang bertanda *, kemudian gaul rata ke dalam nasi bersama ikan bakar, sambal belacan dan garam secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang.

INFO: Juadah ini sememangnya terkenal sebagai makanan awet muda serta baik untuk kesihatan dalaman tubuh seseorang.