Minuman Enak Pengubat Dahaga

Dua minuman unik ini memberikan kepuasan kala cuaca panas.

Cuba resipi untuk dua minuman ini untuk dihidangkan buat minum petang atau sebagai pemanis mulut. 

1 of 2

Jus Mandatori

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 15 minit

Bahan-bahan:
6 asam boi putih
1 cawan air panas
1 liter aiskrim soda
1 tin laici, ditapis untuk ambil buahnya
2 serai, dititik
20 daun pudina, diramas sedikit
1 lemon, dihiris nipis
Sedikit ais

Cara Membuatnya:
1. Rendam asam boi dengan air panas sehingga sejuk.
2. Masukkan semua bahan di dalam jag. Kacau rata.
3. Jika suka, biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk.
4. Hidangkan dengan ais.

1 of 2