Manisan Tart Brownies

Hidangan manis yang mampu menceriakan lagi hari anda.

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 50 minit

Untuk Kulit Luar

Bahan-bahan:
125g marjerin
50g gula aising
1 sudu kecil esen vanila
½ kuning telur gred A
250g tepung gandum
5g susu tepung
½ sudu besar air sejuk

Cara Membuatnya:
1. Pukul marjerin dan gula aising hingga sebati.
2. Tambahkan kuning telur, esen vanila, susu tepung, air sejuk dan tepung gandum. Uli sebati.
3. Kemudian tekan doh dalam acuan tart 4.5cm. Buang lebihan doh pada tepi acuan.
4. Cucuk bahagian tengah dengan garpu untuk elakkan tart menggelembung setelah siap dimasak.
5. Ulang proses hingga adunan habis.

Untuk Adunan Brownies

Bahan-bahan:
180g mentega
120g coklat compound
1 ½ cawan gula halus
½ sudu kecil garam
1 cawan tepung kek
¾ cawan serbuk koko
¼ sudu kecil sebuk penaik
1/8 sudu kecil soda penaik
3 telur gred C

Cara Membuatnya:
1. Satukan gula, garam, tepung kek, serbuk koko, serbuk penaik dan soda penaik ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati.
2. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk lain. Pukul sedikit menggunakan garpu hingga sebati.
3. Seterusnya, satukan coklat compound dan mentega ke dalam periuk. Cair menggunakan kaedah double boiler.
4. Tuang coklat yang telah cair ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi. Gaul sebati menggunakan spatula.
5. Tuang adunan telur ke dalam mangkuk tepung dan gaul sebati menggunakan pemukul.
6. Kemudian sudukan adunan brownies ke dalam kulit tart dengan kuantiti ¾ penuh.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170 darjah Celsius, api atas dan bawah selama 20 ke 25 minit.
8. Sejukkan sedikit sebelum dikeluarkan daripada acuan.

Resipi: Zulfa Zainal Abidin