Lima Resipi Casserole Mudah Disediakan Hujung Minggu Ini

Jelita kongsikan beberapa resipi casseroles lazat yang pasti akan membuatkan selera makan keluarga dan tetamu anda bertambah.

Ketuhar adalah salah satu ciptaan yang paling penting dan bijak kerana anda boleh memasak banyak hidangan lazat menggunakannya. Ia juga membantu untuk meringankan tugas memasak sekiranya ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah ataupun menyediakan makan malam untuk seisi keluarga selepas seharian bekerja.  Jelita kongsikan beberapa resipi casseroles lazat yang pasti akan membuatkan selera makan keluarga dan tetamu anda bertambah.

Casserole Daging Cincang Dan Kentang

Bahan:

  • 500 g daging cincang
  • satu kg kentang
  • satu biji telur
  • 250ml susu
  • 100g mentega
  • sebiji bawang
  • 50g keju
  • garam dan lada

Cara Penyediaan:

  1. Kupas dan rebus kentang dalam air masin (diletakkan garam). Keluarkan air dan tambah 50g mentega dan lenyekkan bersama kentang.
  2. Panaskan susu dan campurkan ke dalam kentang lenyek. Campurkan sehingga mempunyai campuran homogen.
  3. Kupas dan potong bawang kepada bentuk dadu. Goreng dengan mentega sehingga keemasan.
  4. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak. Kacau secara berterusan. Masukkan garam dan tuangkan campuran ke dalam mangkuk besar.
  5. Apabila daging sudah sejuk, tambahkan telur dan gaulkan.
  6. Sapukan acuan (mangkuk casserole) dengan mentega. Tuangkan campuran daging dan kemudian ratakan campuran kentang lenyek di atasnya.
  7. Bakar selama 15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan tambahkan keju parut dan masukkan kembali ke dalam ketuhar selama lima minit lagi.

Casserole Ayam Dan Sayuran

Bahan:

  • 350 g fillet ayam
  • sebiji bawang
  • sebiji lada benggala
  • dua batang saderi
  • 150ml susu
  • 100g keju
  • sebiji telur
  • lada dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus fillet ayam dalam air masin (air dicampurkan dengan garam) sehingga masak.
  2. Biarkan ayam sejuk dan kemudian potong dadu.
  3. Kupas sayuran. Hiris bawang dan saderi kemudian potong dadu lada benggala.
  4. Goreng bawang, lada benggala dan saderi menggunakan minyak zaitun.
  5. Campurkan sayuran dan daging ayam dan masukkan ke dalam acuan pembakar (mangkuk casserole)
  6. Gaulkan telur, susu dan keju dan tuangkan ke atas campuran ayam dan sayuran. Tutup semuanya dengan keju parut.
  7. Bakar selama 15 minit.

Casserole Brokoli Dan Keju

Bahan:

  • 500g brokoli
  • lima biji telur
  • 300g krim masam
  • 200g keju keras
  • dua sudu makan mentega
  • dua sudu makan serbuk roti
  • lada dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus brokoli dalam air campuran garam.
  2. Campuran telur, krim masam dan keju parut. Tambah garam dan lada.
  3. Sapukan mangkuk casserole dengan mentega, taburkan serbuk roti, tambah brokoli dan tuangkan campuran telur.
  4. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan selama 25 minit.

Casserole Pasta Dan Ayam

Bahan:

  • 150g pasta
  • 200g daging ayam
  • empat sudu makan mentega
  • tiga biji telur
  • 150g krim masam
  • 200g kacang hijau
  • 150g keju
  • satu ulas bawang putih
  • Lada dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus pasta. Keluarkan air dan tambahkan mentega ke dalam pasta.
  2. Potong dadu daging ayam dan goreng dengan bawang putih.
  3. Kacaukan telur dengan krim masam, tambah keju dan campurkan semuanya.
  4. Campurkan pasta, kacang hijau dan ayam dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan ke dalam mangkuk casserole atau acuan.
  5. Isikan semuanya dengan campuran telur, taburkan keju parut dan bakar selama 15 minit.

Casserole Nasi Dan Cendawan

Bahan:

  • 500g nasi
  • dua biji telur
  • 250 g keju keras
  • 500 g cendawan
  • 2 biji bawang
  • lada dan garam

Cara Penyediaan:

  1. Rebus nasi dalam air campuran garam.
  2. Hiriskan bawang dan cendawan
  3. Goreng bawang kemudian cendawan.
  4. Campurkan nasi dengan separuh keju (parut menggunakan pemarut keju dengan lubang besar.
  5. Sapukan mentega pada mangkuk casserole atau acuan. Tuangkan lapisan nasi kemudian cendawan dan bawang dan akhir sekali nasi.
  6. Taburkan keju parut dan tambahkan beberapa hiris cendawan.
  7. Bakar selama 15 minit.

Gambar: Shutterstock

Resipi: Brightside.me