Laksa Sarawak oleh Chef Imelda Harris

Juadah asli negeri Sarawak.

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 40 minit

Bahan-bahan:
200g perencah laksa
2 serai, diketuk
250ml santan pekat
400g isi ayam, direbus dan dicarik halus
½kg udang galah
1 bungkus mihun, direndam dan dicelur
4 telur, didadarkan dan dihiris halus
Tauge, dicelur
Sedikit daun ketumbar, diracik
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
1.5 liter air
Garam dan gula, secukup rasa
Sedikit sambal belacan

Cara Membuatnya:
1. Sediakan air dalam periuk. Didihkan, lalu masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai dan rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.
2. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya, masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan (boleh tambah air jika perlu). Masukan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukan mihun ke dalam mangkuk. Letakkan bahan seperti tauge, telur, daun ketumbar, isi ayam dan udang.
4. Tuangkan kuahnya dan perahkan limau kasturi.
5. Enak dihidangkan bersama sambal belacan.

TIP:
1. Selain stok udang, air rebusan ayam juga boleh digunakan untuk memberi lebih perisa ke dalam kuah laksa.
2. Pastikan api tidak terlalu besar selepas santan dimasukkan. Ini untuk memastikan supaya kuah tidak pecah minyak.