Laksa Assam Sardin

Juadah mudah sedia untuk meraikan Lebaran anda.

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 40 minit

 

Bahan-bahan:
1 tin sardin dalam sos tomato Ayam Brand
1 tin nanas, dikisar
2 bawang besar, dicencang
1 cawan cili padi
2 sudu besar pes udang
½ cawan asam keping
3 sudu besar jus asam jawa
Garam dan gula, secukup rasa
1 bunga kantan, dicencang
1 serai, dicencang
1 daun kesum
½ sudu besar belacan
1 paket laksa

Cara Membuatnya:
1. Masak laksa dan ketepikan.
2. Kisar bawang, cili padi dan belacan hingga lumat. Ketepikan cili pes ini.
3. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak diikuti dengan serai. Kemudian tambah daun kesum, bunga kantan dan cili pes tadi. Biarkan masak.
4. Kisar kasar sardin bersama sos tomatonya dan masukkan ke dalam periuk memasak tadi diikuti dengan nanas yang telah dikisar. Biarkan mendidih. Boleh tambahkan sedikit air untuk mengawal kepekatan kuah.
5. Kemudian masukkan pula pes udang, asam keping dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih.
6. Setelah siap, tuangkan kuah ke atas laksa dan sedia untuk dihidang.

Ikan Sardin yang digunakan untuk hidangan Laksa Assam Sardin ini adalah sumber Omega-3 yang bagus untuk tubuh. Ia membantu meningkatkan perkembangan otak serta mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

Resipi: Ayam Brand