Kek Victoria Sandwich

Hidangan kek ringkas mudah sedia oleh Chef Fazalina Ismail.

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 1 jam 20 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan tepung kek naik sendiri
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik

Bahan B
1 cawan keju keju Emmental Paysan Breton, diparut

Bahan C
1 cawan mentega
2/3 cawan gula kastor
5 telur gred C
½ cawan Whipped Cream Paysan Breton
1 ½ sudu kecil esen vanila

Bahan Sirap
6 strawberi, dibelah empat
20 anggur merah tanpa biji
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit pewarna merah
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
(Satukan kesemua bahan, kecuali tepung jagung. Masak hingga buah menjadi kembang. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau. Bila agak pekat, tutup api.)

Bahan Hiasan
Strawberi
Whipped Cream Paysan Breton

Cara Membuatnya:
1) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Alaskan loyang 9 inci x 9 inci dengan kertas pembakar dan lenserkan dengan sedikit mentega.
2) Putar bahan C hingga kembang. Kemudian masukkan bahan A yang telah diayak dan gaul sebati. Akhir sekali, masukkan bahan B.
3) Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar hingga masak selama 60 minit. Bila sudah masak, sejukkan kek pada suhu bilik.
4) Seterusnya, potong kek kepada dua bahagian.
5) Letakkan satu bahagian kek pada tempat letak kek dan sapukan dengan krim putar.
6) Tindihkan pula dengan sebelah lagi kek dan letakkan lagi krim putar pada permukaan kek.
7) Ahkir sekali, letakkan sirap pekat dan susun strawberi di atas kek.

Tip Daripada Chef:
*Suhu dan masa membakar biskut adalah bergantung pada ketuhar yang digunakan.
*Sukatan cawan adalah daripada cawan penyukat yang betul, bukannya cawan kopi ataupun mug.
*Bilangan biskut yang terhasil adalah bergantung kepada saiz acuan yang digunakan.
*Pastikan ketuhar dipanaskan selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar.
*Pastikan mentega dan keju yang digunakan berada pada suhu bilik.

Resipi: Chef Fazalina Ismail