Kek Mentega Karamel Kopi

Sensasi rasa kopi dalam hidangan minum petang atau pencuci mulut.

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 1 jam 15 minit

Bahan Kek:
250g mentega
250g gula kastor
280g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
4 telur gred A
4 sudu besar susu segar
1 sudu kecil pes vanila

Bahan Karamel Kopi:
100g krim segar
100g gula perang
50g mentega
2 sudu besar serbuk kopi

Cara Membuatnya:
1. Griskan loyang kek sembilan inci dengan mentega dan taburkan tepung.
2. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam mesin pengadun kek dan putar selama 10 minit dengan kelajuan sederhana. Kemudian putar selama dua minit lagi dengan kelajuan lebih tinggi. Adunan kek perlu tampak berkilat dan gebu.
3. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 ke 45 minit dengan suhu 160 darjah Celsius.
4. Setelah siap, keluarkan kek dan biarkan selama 10 minit sebelum dikeluarkan daripada loyang.
5. Untuk menyediakan karamel kopi, masukkan kesemua bahan dan masak selama 10 minit dengan api sederhana.
6. Tuangkan karamel kopi ke atas kek dan sedia untuk dihidang.

Resipi: Chef Suriya Abdullah