Juadah Ringkas: Mi Goreng Basah

Hidangan mi kuning kegemaran ramai.

Hidangan ringkas berunsurkan mi kuning untuk anda cuba.

Mi Goreng Basah

Saiz hidangan: 5
Tempoh Penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
Mi kuning
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
3 cawan air
10 biji bebola ikan, dipotong separuh
Udang
Sotong, dipotong bulat
½ ikat sawi, dipotong satu inci panjang
Sayur lobak
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah, dipotong kecil

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan cili boh, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Goreng seketika.
  2. Masukkan sotong, udang dan bebola ikan. Gaul hingga masak.
  3. Tuangkan air dan perasakan dengan gula dan garam mengikut cita rasa.
  4. Masukkan mi kuning. Gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan lobak dan sawi. Gaul lagi seketika hingga sayur masak.
  6. Jika mi masih kering, tambahkan sedikit lagi air.
  7. Setelah siap, hidangkan bersama cili merah potong.

*Sebagai alternatif lain, anda boleh sediakan juadah ini menggunakan pes yang memudahkan kerja memasak