Juadah Nasi Meraikan Tetamu

Hidangan yang pastinya memuaskan selera semua!


Hidangan nasi enak yang boleh anda cuba hidangkan buat tetamu yang bertandang ke rumah. Resipi ini adalah daripada Chef Norzailina Nordin.

1 of 2

Nasi Riang Ria

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 40 minit

Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
2 ulas bawang putih, dihiris halus
6 bawang merah, dihiris halus
4cm halia, dihiris halus
2 daun pandan, disimpulkan
1 sudu besar rempah kurma, ditambah sedikit air
2¾ cawan air
2 cawan beras, dibersihkan dan tos
¼ cawan pulut, direndam 15 minit
Garam, secukup rasa
Sedikit pewarna hijau
Hirisan badam dan kismis (untuk menghidang)

Bahan Tumis:
1 kulit kayu manis
4 buah pelaga
4 bunga lawang

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
2. Goreng bahan hiris dan bahan tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan semua bahan lain. Kacau rata.
4. Tanak seperti memasak nasi biasa.
5. Apabila kering airnya, titiskan pewarna hijau di permukaan nasi. Tutup periuk.
6. Taburkan badam dan kismis sebelum dihidang.

1 of 2