Isi Ketam Bercili & Mantou oleh Chef Jo

Sajian moden mudah sedia.

Saiz hidangan: 1
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
100g isi ketam
1 ulas bawang putih, dicencang
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1 sudu kecil marmite sayuran
1 telur, dipukul
Garam dan lada putih, secukup rasa
Sedikit daun ketumbar
Sedikit minyak bijan
Ban mantou

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih. Saute beberapa saat.
2. Tambahkan air atau stok makanan laut. Diikuti dengan marmite sayuran, sos cili dan sos tomato. Biarkan masak buat seketika.
3. Kemudian masukkan pula isi ketam. Perasakan dengan garam dan lada.
4. Tuangkan telur sambil kacau rata. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
5. Hidangkan dengan sedikit minyak bijan dan daun ketumbar.
6. Makan bersama ban mantou.