Hilangkan Dahaga Dengan Resipi California Raisins Puas-Puas Smoothie

Hilangkan dahaga dengan minuman yang menyegarkan, California Raisins Puas-Puas Smoothie yang dikongsikan oleh Nur Affizza Azmi

Selepas seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, hilangkan rasa dahaga dengan minuman California Raisins Puas-Puas Smoothie yang lazat ini. Resipi dikongsi oleh Nur Affizza Azmi.

Bahan:

3 sudu besar California Raisins

sebiji Avokado

Satu cawan susu sejuk

Madu

Ais

Serai (untuk perhiasan)

Cara Menyediakannya:

  1. Cedok keluar isi avokado dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Masukkan susu sejuk dan kismis.
  2. Kisarkan avokado bersama kismis dan susu. Tambahkan ais dan teruskan mengisar. Tambah madu, jika mahu.
  3. Tuang smoothie ke dalam gelas dan hiaskan dengan batang serai.