Hidangan Pemanis Mulut Vegetarian

vegetarian merujuk kepada  individu yang tidak makan daging dan ikan, sebaliknya  memilih sayur-sayuran saja sebagai sumber makanan mereka.

Secara umumnya, vegetarian merujuk kepada  individu yang tidak makan daging dan ikan, sebaliknya  memilih sayur-sayuran saja sebagai sumber makanan mereka.

Kenyataannya, vegetarian atau vegan bukan satu istilah asing dalam masyarakat kini. Ramai yang memilih menjadi vegetarian demi kesihatan dan ramai juga yang salah anggap terhadap individu yang mengamalkan pemakanan sebegini. Vegetarian adalah gaya hidup dan bukannya satu anutan berasaskan agama.

Bagi Chef Tina Barrat, pemilik restoran makanan vegan berpangkalan di Hong Kong, vegetarian atau vegan adalah satu gaya hidup yang menyihatkan dan tidak pernah menjadi masalah kepada dirinya. Dia mengamalkan vegan sejak 25 tahun lalu dan lebih mengujakan, kerjaya sebagai chef adalah satu kelebihan bagi dirinya kerana dia mampu mencipta pelbagai jenis resipi berasaskan sayur-sayuran.

Dia yang juga berasal dari Perancis berkata, pada peringkat awal mengamalkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran, dia berasa agak sukar kerana ramai rakan yang tidak memahami apa yang diamalkannya. Mula menjadi vegan sejak 25 tahun lalu, dia mengurangkan pengambilan daging dan ikan secara berperingkat, seterusnya  beralih kepada makanan berasaskan tumbuhan segar.

“Kali terakhir saya makan keju daripada susu adalah beberapa tahun lalu dan kemudian saya menemui cara menghasilkan keju daripada bahan berasakan sayur-sayuran. Saya menghasilkan keju sendiri kerana sebagai orang Perancis, keju adalah sebahagian daripada budaya pemakanan kami,” katanya ketika ditemui di acara French-Asian Gourmet Raw Vegan Dinner di Medifood, Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini . Turut hadir ialah Raw Chef Yin yang juga handal dalam menyediakan hidangan berasaskan raw vegan. Pada acara yang saya, Chef Yin menyediakan hidangan kombinasi buah dan ulam.

Kata Chef Yin, dia memilih menyediakan pemanis mulut dengan memanfaatkan kebaikan ulam raja ke dalam menu berkenaan. Baginya, ulam-ulaman Malaysia mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri. Rasanya mungkin agak unik kerana kombinasi mangga dan ulam raja, namun ia amat enak kerana adunan rasa lemak manis mangga dan ulam raja itu mencipta satu kelainan terhadap ‘citarasa’  apabila dikunyah.

Dua resipi pemanis mulut daripada Tina dan Yin untuk dikongsi dengan pembaca Jelita ialah:

1 of 2

Spicy Mango Tartare with Ulam Raja

Bahan:

  • 1 limau kasturi (ambil jusnya sahaja)
  • 1 sudu teh minyak kelapa
  • 1/4 sudu teh garam organik
  • 2 mangga, dipotong dadu
  • 1 sudu teh campuran ulam-ulaman dihiris halus (ulam raja, pegaga dan selom)
  • 1 avokado, dipotong dadu

Untuk Hiasan:

  • Ulam raja
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk cili

Cara Menyediakannya:

  1. Campurkan jus limau, minyak kelapa dan garam ke dalam mangkuk. Gaul sebati . Letakkan mangga dan ulam-ulaman, gaul lagi hingga sebati. Perlahan-lahan masukkan avocado dan kacau berhati-hati supaya bahan tidak hancur. Biarkan adunan mesra selama 15 minit.
  2. Sebelum dihidangkan, masukkan adunan ke dalam mangkuk sederhana besar, terbalikkan ke dalam pinggan dan hias dengan ulam raja, serbuk cili dan lada hitam. Nikmatinya perlahan-lahan, pasti kombinasi mangga dan ulam raja mencipta sensasi baru terhadap deria rasa di lidah anda.
1 of 2

Spicy Mango Tartare with Ulam Raja