Dua Menu Bermanfaat Untuk Tubuh

Juadah sihat dan mudah untuk disediakan.

Siapa kata menu sihat itu tidak enak? Dua hidangan ini mampu membuktikan bahawa hidangan menyihatkan adalah mudah disedia dan pastinya dapat memikat selera anda setiap hari.

Ayam Kukus Herba bersama Tongkat Ali

Saiz hidangan: 2
Tempoh penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
½ ayam, dipotong empat
50g herba cina (kurma cina, kei chi)
5 keping kecil tongkat ali
1 tauhu, dipotong kecil
1 lobak merah, dipotong kecil
Air secukupnya hingga menutupi ayam
Garam, secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar yang telah dibalut dengan kerajang aluminium.
2. Tutup sepenuhnya semasa kukus supaya herba tadi dapat diserap sepenuhnya ke dalam ayam.
3. Biarkan ia kukus selama kira kira 30 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
4. Sedia untuk dihidang.

Ikan Bawal Emas Kukus ala Hong Kong

Saiz hidangan: 2
Tempoh penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
1 ikan bawal emas
200ml kicap cair
½ inci halia
50ml air
Sedikit cili merah, mengikut cita rasa

Cara Membuatnya:
1. Letakkan kesemua bahan di dalam dulang kukus.
2. Kemudian kukus ia di dalam pengukus selama 20 ke 25 minit, namun bergantung juga kepada saiz ikan yang digunakan.
3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Resipi: Chef Muhammad Taufiq Shafie Patt