Bubur Beras Perang dan Oat

Hidangan sihat khusus untuk penghidap diabetes.

Saiz hidangan: 1
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
2 sudu besar berang perang, direndam dalam air
2 sudu besar oat
160g ayam cencang
20g lobak merah, dipotong dadu

Bahan A:
½ sudu besar halba
1 kulit kayu manis
1 inci bunga lawang
6 bunga cengkih
6 buah pelaga

Bahan B:
2 bawang, dicencang
4 ulas bawang putih, dicencang
2cm halia, dicencang
1 ½ sudu besar minyak sayuran
1,400ml air
½ sudu kecil lada hitam, dihancurkan
50ml susu rendah lemak
Secubit garam
Daun bawang, untuk hiasan
Pasli, untuk hiasan

Cara Membuatnya:
1. Saute kesemua bahan A. Tambah bahan B. Masak sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, lobak merah dan lada hitam. Masak selama dua minit.
2. Setersunya, masukkan beras perang, oat dan air. Biar masak sehingga menjadi bubur. Kemudian masukkan susu rendah lemak dan perasakan dengan garam.
3. Taburkan daun bawang dan pasli untuk menghidang.

Analisis Pemakanan
Kcal 326
Protein 2g
Lemak 14g
Karbohidrat 23g
Fiber 2g

Resipi: Chef Rose Marshita Ruslan dari Hospital Columbia Asia cawangan Bukit Rimau