Biskut Sampan

Sungguh enak Biskut Sampan yang menjadi kegemaran ramai.

Saiz hidangan: 55 biji
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ cawan tepung ubi
¼ sudu kecil garam
½ cawan kacang tanah goreng, dikisar halus

Bahan B
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
2 telur kuning
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C (Inti)
2 cawan kelapa parut putih
1 telur gred D
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan
Ceri merah dan hijau

Cara Membuatnya:
1) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Lenser acuan sampan dengan sedikit mentega.
2) Satukan kacang tanah kisar dalam mangkuk yang berisi bahan A yang lainnya yang telah diayak. Gaul rata.
3) Putarkan bahan B hingga sebati. Kemudian masukkan campuran bahan A dan gaul sebati hingga menjadi adunan lembut.
4) Ambil sedikit adunan itu dan masukkan ke dalam acuan sampan.
5) Seterusnya, satukan bahan C dan gaul sebati. Kemudian masukkan inti kelapa yang telah siap ke dalam acuan sampan tadi. Padatkan acuan dan hias dengan ceri merah dan hijau.
6) Susun acuan sampan di dalam loyang dan bakar hingga masak selama 20 minit.

Resipi: Chef Fazalina Ismail