Biskut Baldu Merah

Rahsia memikat hati pasangan dengan kudapan manis memikat.

Saiz hidangan: 80 biji
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
¼ cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ sudu kecil garam

Bahan B
½ cawan mentega
½ cawan gula perang
½ cawan gula kastor
1 telur
2 sudu besar susu penuh krim
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar pewarna merah

Bahan Hiasan
250g coklat putih
1 sudu besar mentega
3 biskut baldu merah, ditumbuk dan dihancurkan

Cara Membuatnya:
1) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius dan lenserkan loyang dengan sedikit mentega.
2) Putar mentega hingga berkrim dan masukkan kesemua bahan B. Putar lagi hingga sebati.
3) Masukkan pula kesemua bahan A yang telah diayak dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
4) Taburkan sedikit tepung dan canaikan doh. Terap menggunakan acuan pilihan, kemudian susun di dalam loyang.
5) Bakar hingga masak selama 15 ke 20 minit. Biarkan biskut sejuk sebentar.
6) Masak coklat putih dan mentega secara double boil. Setelah cair, sapukan coklat tersebut pada biskut yang telah siap tadi, diikuti dengan menabur serpihan biskut di atasnya. Tunggu sehingga coklat membeku, baru disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Resipi: Chef Fazalina Ismail