Ayam Bakar Gula Apong oleh Chef Imelda

Paduan rasa gula apong dalam ayam bakar membuahkan hidangan memikat.

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 1 jam 40 minit

gula apong

Bahan-bahan:
1 ayam, dipotong empat
3 sudu besar gula apong
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ cawan kicap masin
1 sudu kecil herba selasih kering
Garam dan lada hitam, secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Campurkan gula apong, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap masin dan herba selasih. Gaul hingga sebati.
2. Ratakan ayam dengan sedikit garam dan lada hitam. Kemudian perap ayam dengan campuran perapan tadi selama kira-kira 30 minit atau lebih.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah Celsius dan bakar ayam yang telah siap diperap selama satu jam atau hingga ayam masak.
4. Hidangkan dengan sos percik.