Resipi Mudah Biskut Nestum

Jelita kongsikan resipi mudah untuk membuat Biskut Nestum.

Biskut Nestum adalah antara biskut Raya yang menjadi kegemaran ramai setiap kali menjelangnya Hari Raya. Oleh itu, Jelita kongsikan resipi mudah untuk membuat Biskut Nestum.

Gambar: Sumber Google

Bahan:

  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula aising
  • 250 gm tepung gandum
  • 130 gm tepung jagung
  • 60 gm serbuk kacang badam
  • 40 gm serbuk Nestum
  • Satu sudu teh intipati vanila
  • Ceri merah – dihiris halus untuk hiasan
  • Satu biji kuning telur – untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan mentega, gula aising dan intipati vanila ke dalam pengadun dan adun sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kacang badam, dan Nestum. Uli sehingga doh lembut.
  3. Ambil secubit doh, uli ke dalam bentuk bola dan tekan menggunakan garfu / ke dalam acuan biskut kegemaran anda. Ulang sehingga doh habis.
  4. Letakkan biskut-biskut ke atas dulang yang telah disalut mentega.
  5. Salut biskut-biskut dengan kuning telur dan hias dengan ceri merah atau bahan lain mengikut citarasa.
  6. Letakkan dulang ke dalam ketuhar pada suhu 175 darjah Celsius dan bakar selama 20 minit atau perang keemasan.