Resipi Kailan Ikan Masin

Pasti menambah selera sekeluarga.

Menyediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarga amat penting. Anda boleh cuba resipi kailan ikan masin yang mudah untuk disediakan.

Kailan Ikan Masin

Bahan:

  • 1 ikat kailan (dipotong ikut cita rasa)
  • 2 ikan masin jeruk
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Apabila naik bau, masukkan ikan masin dan kacau sehingga sedikit hancur
  3. Kemudian, masukkan kailan yang sudah dibersihkan tadi. Kacau cepat supaya ia tidak terlalu layu dan padamkan api.