Penapis Air Terbaik

Hasil undian Anugerah Dapur With Love 2018, pemenang untuk kategori Penapis Air Terbaik adalah Cuckoo!

Air adalah keperluan harian yang sangat penting. Dapatkan bekalan air segar dan berkualiti dengan penapis air ICON daripada Cuckoo.

Pemenang Penapis Air Terbaik ……

Penapis Air ICON dibangunkan dengan Sistem Pensterilan Auto Elektrolisis In & Out yang pertama seumpamanya di dunia. Sistem ini mampu menyelesaikan masalah pencemaran bakteria pada penapis air. Ini amat penting kerana bakteria mudah membiak di dapur, sebuah kawasan yang dikatakan dapat menampung 500,000 jenis bakteria di setiap sudut. Tambahan pula, tiub saliran adalah komponen pada penapis air yang paling terdedah kepada air, manakala pili airnya pula mudah tercemar dengan debu dan hama. Pencemaran pada kedua-dua komponen ini boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan anda, justeru, pensterilan harus diutamakan. Dengan Sistem Pensterilan Auto Elektrolisis In & Out oleh Cuckoo, pensterilan tiub saliran hingga kepada kepala paip dilakukan pada bila-bila masa sahaja secara automatik.

Selain sistem pensterilan, penapis air Icon aripada Cuckoo ini turut dilengkapi dua teknologi terhebat yang dipatenkan iaitu Penapisan Natural dan Penapisan Nano Positif. Penapisan Natural menyingkir bendasing seperti karat, partikel, lumut serta pasir daripada minuman anda, sementara arang kayu keras dan bebola seramik menyumbang mineral yang bermanfaat buat tubuh badan. Penapisan Nano Positif pula berfungsi dalam menyingkir logam berat, selain membasmi 99.99 peratus bakteria dan virus berbahaya. Ia juga menyingkir bahan organik tidak larut, bendasing serta klorin.

Kelebihan lain penapis air terbaik ini termasuk hadir dengan fungsi menyediakan 13 jenis suhu air, teknologi Eye Sensor bagi penjimatan tenaga apabila tidak digunakan serta teknologi Voice Navigation.

Lebih Bergaya

Bagi anda yang ingin menjadi lebih bergaya, boleh memilih Penapis Air PRINCE Top daripada Cuckoo yang hadir dengan kemasan emas ros elegan. Apa yang istimewa mengenai penapis air ini adalah reka bentuk dalaman tanpa tangki – kemudahan ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga, malah menjadikan ia lebih ringan.

Penapis Air PRINCE Top ini juga memiliki ciri Sistem Pensterilan Auto Elektrolisis In & Out dan kepala paip yang mampu mensteril serta membasmi zarah mikro dan habuk rumah.