‘Moments in The Kitchen’ bersama Amar & Amyra

Berpeluang memasak bersama pasangan selebriti romantis menggunakan produk hebat Panasonic.

Sempena penyiaran tiga video pendek Panasonic Cooking ‘Moments in the Kitchen bersama Amar & Amyra’, Panasonic Cooking telah menganjurkan majlis minum petang untuk media bersama pasangan romantis itu di Maison Pavilion Kuala Lumpur.

Dari kiri: Takaaki Uehara (Customer Service & Marketing Director of Panasonic Malaysia), Amar, Amyra & Hiroyuki Muto (Deputy Managing Director of Panasonic Malaysia).

Bukan itu saja, kami turut berpeluang menyediakan Cake in Full Bloom, iaitu kek mentega dengan gubahan bunga-bungaan segar menggunakan Panasonic Electric Oven (NB-H3800SSK). Seterusnya, meneroka warna serta perisa dengan mengadun Love Portion sendiri, iaitu minuman unik gabungan aiskrim Baskin Robbins menggunakan Panasonic V Series Blender (MX-V310KSL). Sesi ini dikendalikan oleh chef jemputan, Chef Zamri Abdullah.

Ketuhar Hebat Mudahkan Tugasan

Direka dengan pengawal suhu tersendiri, Panasonic Electric Oven mempunyai tiub pemanas atas dan bawah yang boleh disuaikan mengikut pilihan kaedah memasak atau membakar. Unit ini dilengkapi pintu kaca dwi-penebat yang mengekalkan suhu pilihan di dalam ketuhar di samping menurunkan suhu permukaan luar. Mengekalkan sepenuh suhu di dalam ketuhar menjadikan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Fungsi fermentasi membolehkan pengguna menapai produk mengandungi yis dan penyediaan dadih buatan sendiri di dalam keselesaan dapur. Dihasilkan dengan kapasiti besar 38L, ketuhar ini mesra pengguna dan sesuai untuk setiap keluarga.

Pengisar Serba Canggih

Pengisar pelbagai fungsi V Series adalah pengisar mudah yang dapat membantu semua tugasan mengadun dan mengisar di dapur. Selain mod biasa, pengisar ini dilengkapi enam menu auto untuk mengisar pada kelajuan optimum. Jag dan balang pengisar kaca memudahkan tugasan mencuci, selain dapat memastikan ia sentiasa bersih serta bebas bau yang tidak menyenangkan. Pengisar hebat ini juga hadir dengan bilah pisau yang berkuasa tinggi untuk memastikan setiap bahan dapat dikisar sempurna. Ia cukup kuat untuk mengisar ais dan berupaya menghancurkan sehingga tiga puluh kiub ais pada satu masa. Unit pengisar pelbagai fungsi didatangkan dengan balang kaca serba-boleh yang mampu mengisar rempah-ratus basah serta kekacang dan biji kopi kering.