10 Lokasi Terbaik Untuk Sarapan Pagi Dan Makan Tengahari Di Selangor

Antara lokasi yang menghidangkan sarapan dan makan tengahari yang lazat!

Mencari hidangan sarapan dan menu makan tengahari di luar mungkin adalah tugas yang mencabar kerana anda tidak pasti restoran manakah yang menghidangkan menu sarapan dan makan tengah hari yang berkualiti. Anda tidak perlu bimbang lagi kerana Jelita akan mengesyorkan kepada anda 10 lokasi terbaik untuk sarapan pagi dan makan tengahari di Selangor yang boleh anda cuba.

1 of 10

Restoran Ceria, Seksyen 3 Shah Alam

Penduduk Shah Alam pasti akan mengenali restoran yang terletak di Jalan RU 3/9A Bahagian 3, iaitu Restoran Ceria. Restoran ini terkenal dengan nasi lemak yang enak dan mempunyai pelbagai pilihan hidangan seperti ayam goreng, sambal sotong, paru goreng dan udang. Cakoi yang dijual di sini juga lebih gebu dan rangup dan enak di makan bersama dengan jem kelapa buatan sendiri yang manis dan lazat. Restoran ini agak sesak pada hari Ahad tetapi dengan makanan lazat yang dihidangkan, anda pasti akan berpuas hati.

1 of 10