Makan Di Mana: Lagi Sensasi Ayam Korea

Cabar diri dengan kepedasan asli Korea.

Ingatkan pengaruh hidangan Korea sudah beransur pudar, tetapi jauh sama sekali.

Sensasi Korean kini kembali!

Berikutan permintaan daripada peminatnya, Marrybrown kembali dengan kombo Sensasi Ayam Terhangat Korae menerusi menu mengujakan sehingga 1 September 2019 ini.

Peminat ayam goreng Korea boleh menikmati dua kombo Ayam Terhangat iaitu Kepak Ayam Terhangat dan Burger Ayam Terhangat di kesemua cawangan Marrybrown seluruh negara.

Ia adalah kombinasi yang unik bagi mereka yang menggemari rasa manis dan pedas. Malah, hidangan ini mampu mencabar deria rasa anda kerana kadar kepedasannya makin terasa dalam setiap gigitan.

“Berikutan permintaan terhadap ayam goreng ala Korea kekal meningkat, kami teruja membawa kembali promosi Korean Sensasi tahun ini. Kami berterima kasih kepada pelanggan yang telah menjadikan promosi berkenaan satu kejayaan tahun lalu, dan kami tidak sabar hendak terus memberikan mereka yang terbaik,” kata Datuk Joshua Liew, ketua eksekutif Marrybrown.

Tahun ini, Marrybrown meraikan 38 tahun pencapaian sebagai rangkaian makanan segera Halal yang terbesar di Malaysia.

“Sasaran kami adalah terus membaiki khidmat kualiti yang baik dengan hidangan enak buat pelanggan kami, di mana mereka boleh menikmati masa gembira dengan rakan dan keluarga di Marrybrown.

“Justeru, dalam bulan yang akan datang, kami mahu meningkatkan pengalaman pelanggan dengan opsyen hassle-free seperti menawarkan e-wallet dengan kerjasama GrabPay dan khidmat penghantaran dalam talian. Kami berharap pelanggan akan terus memberikan sokongan kepada kami,” kata Liew.

Selain itu, Marrybrown turut memperkenalkan hidangan warisan tempatan dalam menu mereka seperti Nasi MB, Bubur Ayam dan Mi Kari. Jenama lokal ini berbangga dengan seleksi inovatif dan hidangan menyelerakan menggunakan bahan terbaik daripada pembekal boleh dipercayai.

Bagi meraikan pencapaian selama 38 tahun berkenaan, Marrybrown memperkenalkan kupon ulang tahun promosi pada September 2019, dan butiran mengenainya akan dikongsikan tidak lama lagi.

 

Baca juga: Kolaborasi Pemanis Mulut & Pereka Fesyen Tempatan