Langkah Penyediaan Jeruk oleh Chef Jo

Teknik menyediakan jeruk mudah lagi lazat.

Chef Johari Edrus atau lebih dikenali dengan nama Chef Jo mengajar cara betul dalam menyediakan hidangan jeruk mudah lagi lazat. Kini anda boleh cuba sediakannya di rumah!

Bahan Air Garam:

1 sudu besar biji mustard perang
1 sudu kecil biji lada hitam
1¼ cawan cuka
¾ cawan air
¼ cawan gula halus
2 sudu besar garam halus
1 daun bay

Bahan Sayuran:

450g lobak merah (dikupas ataupun tidak dan dipotong jejari 6cm panjang / dibelah enam atau empat / bulat duit siling)
450g timun (biarkan kulit dan dipotong jejari 6cm panjang / dibelah enam atau empat / bulat duit siling)
450g timun zukini sederhana besar (dipotong jejari 6cm panjang / dibelah enam atau empat / bulat duit siling)
340g kubis bunga (dipotong bunga berukuran 2cm)
340g kacang panjang atau kacang buncis (dipotong hujung)
340g kacang bendi

Cara Membuatnya:

Masukkan kesemua sayur ke dalam balang kaca dan tinggalkan kira-kira 1cm ruang di bahagian atasnya. Ketepikan.

Untuk sediakan air garam, sangaikan biji mustard perang dan biji lada hitam dalam periuk kecil di atas api yang sederhana sehingga wangi, kira-kira dua minit. Masukkan bahan lain dan kacau hingga gula dan garam larut sepenuhnya. Biarkan mendidih.

Segera tuangkan air garam ke dalam balang, pastikan ia menutupi sayur-sayuran dengan sempurna. Biarkan campuran sejuk hingga suhu bilik, kira-kira satu jam. Tutupkan balang  sehingga ketat dan goncang atau putarkannya untuk sekatakan bahan.

Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu hari dan sebaik-baiknya satu minggu sebelum menggunakannya.