Kuih Lopes Berkismis

Chef Rohani Jelani berkongsi manisan menggunakan Kismis California yang kaya manfaat terbaik untuk tubuh.

Saiz hidangan: 10
Tempoh penyediaan: 50 minit

kuih lopes

Bahan-bahan:

600g pulut
10 daun pandan, dicuci dan dihiris 1cm
250ml air
2 sudu besar air kapur
150g California Natural Raisins

Untuk Sirap

300g gula Melaka, dicencang kasar
150ml air
2 daun pandan, disimpul
Daun pisang, dipotong empat segi dan dicelur dalam air panas selama dua minit
2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
½ sudu kecil garam

Cara Membuatnya:

Cuci pulut hingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk berserta air segar (anggaran 3cm daripada paras pulut). Rendam selama dua jam.

Sementara itu, sediakan ekstrak pandan dengan masukkan hirisan pandan dan air di dalam pengisar. Kisar sehingga lumat. Tapis, perah supaya dapat lebih banyak air. Ketepikan. Buang sisa daun pandan.

Sejat pulut dan masukkan ke dalam tin kek tohor dan besar. Campur air daun pandan dengan air kapur. Tuang ke dalam pulut. Kukus atas air didih selama 25 minit. Angkat pulut daripada pengukus, tambah kismis dan kacau dengan garpu supaya serata.

Bahagikan pulut kepada tiga bahagian dan gulung dalam daun pisang. Ikat kedua-dua belah daun pisang sehingga kemas. Kukus lagi selama 15 minit.

Semasa mengukus pulut, masak gula Melaka bersama air dan daun pandan. Biar sehingga gula larut dan pekat. Tapis, kemudian masukkan sirap ke dalam bekas kecil.

Selepas kukus kali kedua, angkat pulut dan sejukkan pada suhu bilik. Potong 1.5cm panjang dan gaul dengan kelapa parut yang telah dicampur garam. Hidang bersama sirap gula Melaka.