Kolaborasi Pemanis Mulut & Pereka Fesyen Tempatan

Manisan yang menerima sentuhan unik khusus sebagai bingkisan istimewa.

Baskin-Robbins telah mengumumkan berita menarik untuk musim perayaan ini, di mana mereka berkolaborasi bersama jenama pereka tempatan terkenal iaitu Dato’ Tom Abang Saufi.

Diberi nama Bungkus of Happiness, ia adalah keluaran tiga selendang Baskin-Robbins edisi terhad yang direka khas dengan menggabungkan unsur moden dengan rekaan tradisional. Kini anda boleh bungkus aiskrim kegemaran anda dengan selendang berkualiti rekaan premium!

‘Bungkus’ di sini adalah berupa selendang yang direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi untuk kolaborasi bersama Baskin-Robbins, manakala ‘kebahagiaan’ yang dimaksudkan tentunya adalah aiskrim Baskin-Robbins yang kaya dengan rasa enak dan memberi kepuasaan dalam setiap suapan. 

Dato’ Tom Abang Saufi ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen tempatan dan terkenal dengan usahanya dalam mempromosikan keunikan batik. Tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins adalah selendang Ketupat, Aiskrim dan Wafel. Semua selendang diperbuat daripada kain campuran sutera berkualiti tinggi. Selendang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung ataupun dijadikan sebagai koleksi batik.

Bungkus of Happiness Hari Raya Edisi Terhad

Selendang Bungkus of Happiness direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.

Ketupat adalah makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular. Dato’ Tom menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit. Wafel dan aiskrim pula sememangnya tidak boleh dipisahkan! Dato’ Tom menggunakan warna popular Baskin-Robbins pada selendang Wafel, manakala selendang Aiskrim direka dengan motif aiskrim yang sangat cantik.

Bungkus of Happiness mengandungi 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi edisi terhad. 

Promosi ini bermula dari 3 Jun sehingga 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada).

Anda boleh dapatkan di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak. Anda juga boleh membuat pembelian melalui Lazada. Harga yang diumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari www.baskinrobbins.com.my.