KLIA Dan KLIA2 Tawarkan Pelbagai Hidangan Enak Untuk Pengunjung

Sambil menantikan penerbangan, anda boleh menikmati pelbagai juadah enak yang tersedia di Lapangan Terbang Malaysia

Lapangan Terbang Malaysia kini sedang menganjurkan kempen KULinary selama sebulan untuk mempromosikan hidangan dan pengalaman makan di kedua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Kempen ini dijalankan dengan kerjasama bersama Friedchillies.com, iaitu pengulas makanan dalam talian yang ditubuhkan pada tahun 1998 dan kini ia telah berkembang menjadi media makanan melalui pengeluaran dan platform digital yang lain.

Kempen ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi banyak hidangan menarik yang terdapat di lapangan terbang untuk dinikmati oleh pelancong dan juga penggemar makanan.

Daripada 20 restoran yang memenangi KULinary Top Food Outlet Award, tahun ini lebih meriah dengan kategori khas iaitu “Judges Choice Award.”

Selain itu, syarikat lapangan terbang Malaysia turut mengumumkan inisiatif baru untuk menaik taraf kedai makan di KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan konsep yang baru dan segar di bawah program komersial Strategi RESET.

Meningkatkan profil keseluruhan lapangan terbang antarabangsa di Malaysia akan berlaku secara berperingkat dan dijangka aka siap menjalang akhir tahun 2021. Kempen KULinary ini akan berlangsung sehingga 8 December 2018 ini.

Anda juga berpeluang untuk menyertai “Weekend Bites”, sesi mencuba makanan daripada 20 gerai makanan yang ditawarkan pada hujung minggu daripda 10: 30 pagi sehingga enam petang.

Syarikat Lapangan Terbang Malaysia juga turut menganjurkan Peraduan Faceboook untuk pengunjung berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM200 setiap satu.

Di samping itu, pengunjung juga boleh mendapatkan Pasport Makanan (Food Passport) di terminal untuk menikmati diskaun dan tawaran dari 20 restoran yang terpilih ini.

Untuk lebih info, anda boleh layari laman sesawang Malaysia Airport atau ikuti akaun Twitter, Facebook dan Instagram lapangan terbang Malaysia.