Kelebihan Beras Perang Untuk Rasa Kenyang Lebih Lama

Berita baik! Beras perang boleh bantu turunkan berat badan

Bersahur amat penting untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dan kekal kenyang sepanjang hari. Ia juga amat penting jika anda mengambil pemakanan yang betul untuk kekal kenyang lebih lama.

Gambar: ING image

Beras perang adalah antara cadangan hidangan yang boleh diambil ketika sahur kerana ia mengandungi khasiat yang baik untuk tubuh anda. Khasiat yang sama boleh anda dapati jika anda mengambil Nestum Brown Rice. Jelita berpeluang untuk menemu bual pakar nutrisi Nestle, Leong Ven Luan tentang kelebihan beras perang yang membantu untuk rasa kenyang lebih lama.

1 of 8

Apakah kelebihan beras perang kepada kesihatan?

Beras perang (brown rice) adalah bijian penuh dan ia lebih berkhasiat berbanding bijian terproses. Bijian penuh adalah penting dalam pemakanan harian anda kerana ia kaya dengan nutrien seperti vitamin B, E dan mineral (seperti zat besi, magnesium, kalium dan selenium) serta serat makanan yang boleh mengurangkan risiko obesiti dan diabetes.

1 of 8