Juadah Mi Kuning Anda Kini Lebih Sihat & Lazat

NuMee Gardenia, mi kuning segar berkualiti tinggi untuk hidangan enak.

NuMee Gardenia adalah mi kuning segar dan berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh jenama dan pakar dalam produk tepung di Malaysia, Gardenia. NuMee Gardenia diproses dalam persekitaran terkawal bagi mengelakkan sebarang pencemaran. Ia terhasil dengan menggunakan teknologi baru, tidak mengandungi pewarna dan menjadi mi pertama dipasteur di pasaran, di mana ia membasmi patogen dan bakteria yang berbahaya. Ia dikeluarkan khusus bagi memastikan rasa serta kualiti berjalan seiringan, sekali gus menjadikan NuMee Gardenia pilihan mi kuning yang lebih sihat untuk anda seisi keluarga.

Apa anda perlu tahu mengenai NuMee Gardenia?

  • Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi oleh pakar tepung Gardenia.
  • Dipasteur.
  • Tiada pewarna tambahan. Warna diperoleh melalui proses semula jadi apabila tepung dan garam digabungkan. Reaksi bahan daripada proses ini yang menghasilkan warna semula jadi NuMee.
  • Kurang rasa dan bau alkali. Alkali yang digunakan adalah dengan gred makanan.
  • Tiada asid borik.
  • NuMee kurang berminyak berbanding mi kuning yang lain.
  • Sedia dimasak. Tidak perlu disejukkan. NuMee adalah stabil untuk disimpan pada rak kerana proses pasteurisasinya menghapuskan patogen dan bakteria.
  • Disahkan halal oleh Jakim. Dijamin bersih dan selamat.
  • Mengandungi gluten gandum.
  • Mesra-vegan kerana tidak mengandungi telur.

Baru-baru ini, Chef Marina Mustafa telah menunjukkan beberapa resipi mudah yang boleh anda cuba menggunakan produk ini. Antaranya adalah seperti di bawah. Inginkan resipi? Nantikan dalam artikel berikutnya.

Ramuan: Tepung gandum (tanpa bahan peluntur), air bertapis garam, minyak sayuran (berasaskan biji kanola, tanpa penghidrogenan) dan kondisioner makanan yang dibenarkan (pengawal asid).

Berat bersih: 450g

Harga: RM1.50