Juadah Fusion: Telur Stail Arab

Juadah fusion enak lagi berkhasiat.

Telur Stail Arab

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:

5 telur
3 – 5 tomato ranum bersaiz sederhana, dipotong bulat
3 bawang besar, dipotong bulat
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Daun ketumbar segar

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun dan minyak sapi. Tumiskan bawang besar dan kacau hingga lembut dan berwarna keemasan.
  2. Masukkan tomato. Kacau hingga tomato masak dan lembut menjadi separa puree. Perlahan kan api. Masukkan garam dan lada hitam.
  3. Pecahkan telur dan masukkan satu persatu dan biarkan ada jarak antara telur. Jangan kacau dan pastikan api sentiasa perlahan. Biarkan dan tutup periuk seketika untuk putih telur masak dan kuning telur masih cair.
  4. Apabila telur sudah masak, segera tutupkan api. Taburkan daun ketumbar segar di atas dan hidangkan.

Tip: Juadah Telur Arab ini harus dihidangkan panas dan boleh dimakan bersama nasi mahupun roti putih atau baguette. Sesuai untuk menu sarapan pagi yang berkhasiat!