Semua Makanan Sihat Kegemaran Dalam Satu Mangkuk

Hanya di Kubis & Kale

Jika anda gemar menikmati makanan yang lazat dan sihat, Jelita ada berita gembira buat anda. Kubis & Kale secara rasmi telah membuka pintu mereka untuk menerima kunjungan pelanggan. Diasaskan oleh Chef Aaron Lim, perintis gaya makanan poke bowl (sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar dihidangkan dalam mangkuk) di Malaysia.

Kubis & Kale membawa trend poke bowl ini ke tahap yang lebih tinggi dengan hidangan sihat “Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl.” Pembukaan restoran ini pada waktu ini adalah tepat kerana kini semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat. Tidak hanya itu, terdapat banyak laporan media tentang Malaysia sebagai negara yang mempunyai paling ramai warga berat badan berlebihan di Asia sejak tiga tahun yang lalu.

Menurut laporan tersebut, separuh daripada penduduk di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti meningkat sebanyak 300 peratus dalam masa hanya dua tahun.

Menurut Aaron, Kubis & Kale adalah tempat yang sesuai untuk pelanggan menikmati makanan biasa, bermusim dan juga sihat. Kubis & Kale memberikan penekanan kepada pemilihan pelanggan, dari segi apa yang mereka makan, sumber dan cara penyediannya. Tambah Aaron lagi, falsafah restoran ini adalah masak dari mula dengan menggunakan bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan kerjasama dengan masyarakat petani, pembekal dan masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar.

Menurut Aaron lagi, ‘poke bowl’ tetap menjadi makanan ruji utama dalam menu Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu dan ia akan berterusan sehingga ke masa akan datang. Poke bowl ini berasal daripada Hawaii dan di mana daya tarikannya adalah campuran pelbagai bahan asas, ramuan dan sos dengan potongan isi ikan yang diperap, biasanya tuna yang kemudian diletakkan di atas nasi atau soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos umami di atasnya.

Aaron telah mencipta beberapa rasa, bahan dan perisa baru untuk membawa makanan trend, ‘poke bowl’ ke tahap yang seterusnya dengan memperkenalkan tiga jenis makanan baharu untuk penggemar vegetarian atau vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat:

  • ‘Poke Bowl’ (mentah dan masak)
  • Makanan masak
  • Menu makanan untuk vegetarian atau vegan

Selain daripada menunya yang menarik, tarikan utama Kubis & Kale adalah bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buahan dan sayuran. Antara fakta menarik tentang ‘Poke’ (mentah atau segar) dan makanan vegetarian atau vegan adalah:

  • Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar, sejuk atau diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya.
  • Lebih banyak makanan segar atau dimasak
  • Menawarkan menu bermusim
  • Pilihan sos vegan
  • Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian atau vegan
  • Pelbagai sos buatan sendiri.

Untuk mempromosikan Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November akan datang, Kubis & Kale mengumumkan promosi “Beli satu Percuma satu” dari 1 hingga 3 November 2019 sebagai inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.

Kubis & Kale turut bekerjasama rapat dengan petani tempatan untuk membawa hasil tani ke meja makan sebagai usaha memberikan pengalaman makan yang paling menyegarkan. Seperti menggunakan sayuran karbon seperti yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian, Perintis Tumbuhan Karbon iaitu teknologi pertanian terbaru digunakan di Australia dan Perancis dan pertama digunakan di Malaysia.

Sayuran karbon mempromosikan amalan makan sayuran hijau yang bersih dan selamat dan mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Penggunaan kaedah pertanian penjanaan semula karbon yang bebas daripada bahan kimia dapat mengurangkan logam berat, menyerap karbon ke dalam tanah, tidak berbau dan merangsang kaedah pertanian jitu.

Restoran Kubis & Kale ini terletak di Lot 2 & 4, Ground Floor, Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya.