Meriah Sambutan Hari Raya Dengan GrabFood

Ayam goreng dan bubble tea masih menjadi pilihan di GrabFood

Bulan Ramadan bukan sahaja bulan untuk kita berpuasa dan muhasabah diri tetapi juga peluang untuk mendekatkan diri dengan keluarga dan kawan-kawan, berkongsi dan meluangkan masa bersama. Servis penghantaran makanan seperti GrabFood tidak hanya mengubah bagaimana dan apa yang mereka makan tetapi juga cara mereka menyambut dan melakukan persiapan untuk menyambut perayaan.

GrabFood telah melakukan kajian tentang bagaimana rakyat Malaysia menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya dengan GrabFood.

Gambar: Freepik

 Penggemar Makanan Pesan Lebih Banyak Makanan Untuk Buka Puasa Bersama

Lebih banyak rakyat Malaysia memutusakan untuk memesan makanan dan berbuka bersama dengan peningkatan sebanyak 55 peratus untuk pesanan dalam bilangan besar semasa bulan Ramadan berbanding bulan sebelumnya. Lima pesanan terbesar dalam satu tempahan yang dibuat sepanjang Ramadan dan Raya adalah daripada Wasabi, Nandos, Villange Park, Texas Chicken dan Madam Kwan’s.

Dan, sajian berbuka puasa tidak akan lengkap tanpa sepiring sate enak. GrabFood juga telah menjawab soalan yang sering menjadi debat iaitu yang mana lebih popular, ayam, kambing atau lembu? Jawapannya, sate ayam lebih popular sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya dengan pemesanan sebanyak tiga kali ganda daripada sate lembu atau kambing.

Jejari Kentang Adalah Snek Kegemaran Pada Bulan Ramadan

Ia bukan lagi satu rahsia bahawa rakyat Malaysia memang gemar makan snek. Honey Butter Biscuits daripada Texas Chicken adalah snek pilihan pada bulan sebelum menjelang Ramadan namun jejari kentang telah mengambil tempat pertama sebagai snek pilihan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal dengan peningkatan sebanyak 80 peratus pesanan.

Snek Lewat Malam

Semasa bulan Ramadan, rakyat Malaysia telah mengambil kesempatan dari jam operasi yang dilanjutkan dengan 45 peratus pesanan makanan dibuat antara 10 malam sehingga dua pagi.

Dan, tiga makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk snek lewat malam adalah jejari kentang, Oreo McFlurry dan Bubble Tea. Rakyat Malaysia terlalu suka dengan snek lewat malam sehingga 40 peratus pesanan jejari kentang sepanjang bulan Ramadan ini dibuat antara pukul 10 malam hingga dua pagi.

Oleh kerana itu, GrabFood telah melanjutkan perkhidmatan penghantaran di kawasan Lembah Klang hingga jam dua pagi.

Tidak Kira Masa, Ayam Goreng Dan Bubble Tea Tetap Pilihan Pertama

Tidak kira musim, makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia masih lagi ayam goreng dan bubble tea! Pelanggan telah memesan hampir 110,000 ketul ayam goreng pada bulan tersebut dan hampir 40,00 cawan bubble tea, dengan minuman paling popular adalah brown sugar bubble tea dengan 60 peratus pesanan.

Anda juga boleh buat pilihan yang lebih sihat dengan pilihan makanan dan minuman seperti Super Saigon, La Juicera dan Humble Chef. Cuma perlu masukkan kod promo ‘EXCLUSIVES’ untuk mendapatkan 30 peratus potongan di restoran yang terdapat dalam aplikasi GrabFood.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang GrabFood.