Menu Old Town White Coffee Kini Di Aplikasi Foodpanda

Dapatkan potongan harga sebanyak 10 peratus

Ini apa yang rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk perlukan. Makanan yang lazat hanya di hujung jari! Servis penghantaran makanan yang terkenal, Foodpanda telah bekerjasama dengan OLDTOWN White Coffee untuk membawakan anda menu penghantaran makanan premium- OLDTOWN 2GO.

Selari dengan tradisi lama OLDTOWN yang memperjuangkan makanan yang mengekalkan citarasa tempatan, menu penghantaran makanan OLDTWON 2 GO yang baharu telah dimasak menggunakan bahan yang terpilih. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan makana premium terbaru termasuk mi, nasi dan sandwic.

Bagi menu mi, terdapat bahan yang segar seperti udang premium saiz besar, daging ayam dan pilihan sup yang lazat. Menu nasi pula diiringi dengan pelbagai lauk menarik seperti telur goreng, tomato segar, labu Asia, kari kentang dan sambal. Jika anda inginkan sesuatu yang ringan, pilih daripada aneka sandwic yang dihidangkan dengan kentang goreng premium. Pasti ia akan buat perut sentiasa kenyang.

Menurut Clarence Leon D’Silva, Pengarah Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, menu premium 2GO ini dihasilkan untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk dan dalam masa yang sama mencari makanan bermutu tinggi yang dihantar sampai ke hadapan pintu. Pengguna mencari kualiti dan kepuasan yang sama seperti makan di restoran.

Tambahnya lagi, bekerjasama dengan rakan kongsi seperti Foodpanda adalah langkah yang bijak kerana servis penghantaran makanan itu mempunyai sistem cuba dan uji dan dapat memberikan perkhidmatan pakar yang diperlukan OLDTOWN White Coffee.

Menu penghantaran OLDTOWN 2 GO adalah seperti berikut dan ia hanya boleh didapati di Lembah Klang buat masa ini:

  • Chicken Hor Fun
  • Mi Kari
  • Mihun Kering Klasik dengan Kari Ayam Kering
  • Mihun Kering Klasik dengan Filet Ayam Goreng
  • Nasi Lemak dengan Kari Ayam Kering
  • Nasi Lemak dengan Sambal Udang
  • Nasi Lemak dengan Filet Ayam Goreng
  • Sandwic Wholemeal Ayam BBQ Oriental
  • Gulungan Roti berintikan Nasi Lemak Ayam Goreng

Bersempena dengan pelancaran kerjasama dan sambutan Hari Malaysia yang akan datang, anda boleh menikmati penghantaran PERCUMA ditambah dengan potongan harga sebanyak 10 peratus daripada Foodpanda untuk tempahan dari Menu OLDTOWN 2 GO bermula dari 20 Ogos sehingga 16 September 2019.