Gila Bubble Tea? Ini 6 Jenama Bubble Tea Yang Anda Kena Cuba

Jangan lepaskan peluang untuk cuba bubble tea enak ini

Minuman bubble tea kini sudah menjadi salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia tetapi ia juga popular di luar negara. Bubble Tea berasal daripada Taiwan pada awal 1980-an di sebuah gerai teh yang kecil. Dan pada tahun 1983, Liu Han-Chieh telah memperkenalkan Taiwan kepada mutiara tapioka (tapioka pearls). Dengan menambah mutiara tapioka ini, Bubble Tea telah menjadi minuman kegemaran ramai. Kini, ada begitu banyak gerai teh yang menjual minuman kegemaran ramai ini. Jelita senaraikan lima jenama bubble tea terbaik yang perlu anda cuba.

1 of 6

The Alley

Memiliki cawangan kedai di tujuh negeri di Malaysia, jenama ini adalah antara jenama bubble tea yang terkenal di Malaysia. Antara minuman bubble tea yang menjadi kegemaran ramai adalah Brown Sugar Deerioca Creme Brûlée Milk. Apa yang membuatkan bubble tea di sini popular adalah bahan yang digunakan. Setiap bahan yang digunakan adalah dibuat sendiri. Bahkan pearl atau tapioka yang digunakan juga dibuat daripada awal. Doh yang dibuat sendiri itu diuli dan dicarik menjadi bola kecil. Proses ini adalah untuk menghasilkan tekstur dan aroma yang lebih baik untuk memenuhi kepuasan anda.

Dibuka daripada jam 11 pagi sehingga 1 pagi, selain daripada minuman popular kafe ini, anda juga boleh mencuba minuman lain yang terdapat di kafe ini. Pastinya setiap satu minuman itu pasti tidak akan mengecewakan anda.

Lihat senarai kafe The Alley di sini.

1 of 6