5 Bazar Ramadan Paling Popular Di Malaysia

Kunjungi bazar-bazar Ramadan popular ini untuk mencuba hidangan istimewa masing-masing.

Rakyat Malaysia dengan makanan tidak boleh dipisahkan. Menjelang bulan Ramadan, kemunculan bazar Ramadan di seluruh negara ini telah menjadi kesukaan ramai. Bagaikan pasar makanan tahunan tidak rasmi di Malaysia, bazar ini menawarkan pelbagai hidangan yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan ini.

Oleh itu, Jelita kongsikan lima bazar Ramadan yang popular di Malaysia untuk anda cuba terokai pada bulan Ramadan ini.

1 of 5

Bazar Ramadan Shah Alam

Gambar: AzuanZahdi.com

Bazar Ramadan ini terletak berhampiran dengan Stadium Malawati, Shah Alam yang sering digunakan untuk acara sukan dan konsert. Bazar ini menjadi salah satu gerai makanan utama terbesar dan ada yang menggelarkan tempat ini sebagai ‘Syurga Makanan’. Bazar ini memiliki hampir 200 buah gerai yang menjual pelbagai jenis juadah dan minuman. Pasti anda boleh mencari pelbagai juadah yang diinginkan di sini dari Ayam Percik ke Kambing Golek. Tempat ini terkenal dengan hidangan kebab shish yang unik. Hidangan ini pada dasarnya adalah daging panggang yang dicucuk pada pencucuk.

1 of 5