Teknik Sukatan Tepat Untuk Cecair

Sukatan yang betul menghasilkan hidangan sempurna.

Tahukah anda jika anda menggunakan cawan penyukat yang salah untuk menyukat cecair, ia boleh menjadi punca masakan kurang menjadi. Untuk menyukat cecair, anda harus menggunakan cawan penyukat cecair ataupun sudu. Cawan menyukat cecair biasanya diperbuat daripada kaca ataupun plastik, serta kebanyakannya mempunyai muncung untuk menuang. Elakkan daripada menggunakan cawan penyukat untuk bahan kering apabila menyukat cecair. Sukatan tidak akan tepat dan akan menyebabkan perbezaan dalam hasil resipi, terutamanya untuk juadah yang dibakar seperti kek dan roti.

Ingat bahawa auns-cecair yang ditandakan pada luar cawan pengukur cecair tidak semestinya sama seperti auns timbangan. Auns-cecair adalah unit sukatan isi padu cecair sementara auns adalah ukuran berat. Air biasa dan air rebusan daging akan mempunyai berat yang sama dalam bacaan auns-cecair dan auns-berat, tetapi kebanyakan cecair lain akan berbeza.

Sesetengah penyukat mempunyai ciri bacaan penyukat cecair untuk auns-cecair atau mililiter. Ini akan memberi pilihan untuk menyesuaikan ketumpatan cecair yang anda sukat.

Panduan Menyukat Cecair

  1. Pastikan cawan penyukat cecair diletak pada permukaan yang rata.
  2. Tunduk atau bongkokkan kepala anda sehingga paras mata sama dengan bacaan pada cawan penyukat supaya anda dapat melihat dengan jelas daripada sisi cawan.
  3. Jangan sesekali gunakan sudu penyukat yang dibuat untuk menyukat kedua-dua bahan kering dan bahan cair untuk menyukat cecair kerana sukatannya akan kurang tepat.
  4. Memandangkan cawan penyukat tidak dapat menyukat bahan kecil, maka sudu penyukat dalam bentuk sudu besar atau sudu kecil mesti digunakan untuk menyukat cecair (atau dalam kebanyakan kes, apa-apa bahan yang di bawah bacaan dua auns cecair). Pastikan anda memenuhi sudu penyukat hingga rata dan tidak melepasi bingkainya.
  5. Pastikan cawan atau sudu penyukat anda sentiasa bersih dan kering, terutamanya ketika mahu menyukat bahan kering.

Penukaran Asas Sukatan Cecair
½ auns-cecair = 1 sudu besar = 3 sudu kecil

Tip oleh Chef Johari Edrus