Marjerin Atau Mentega? Apa Pilihan Anda?

Mana satu yang lebih bagus untuk anda?

Adakah anda bimbang akan tahap kesihatan anda, sekali gus mengelak daripada menjamah mentega kerana terfikir ia akan membuatkan anda gemuk, menyebabkan penyakit jantung dan sebagainya? Anda salah!

Mentega adalah makanan semula jadi yang penting untuk tubuh anda, terutamanya jika anda pengamal makanan organik. Marjerin, sebaliknya adalah makanan yang diproses, dicipta secara kimia daripada minyak poli tidak tepu yang ditapis. Penting untuk anda tahu bahawa proses menghasilkan marjerin berpotensi memudaratkan kesihatan anda.

Ayuh lihat apakah manfaat yang anda akan terima apabila mentega dimasukkan ke dalam diet harian. Ini sekali gus mampu mengubah persepsi anda terhadap mentega selama ini!

  1. Mentega kaya dengan vitamin A yang paling mudah diserap untuk kesihatan tiroid dan adrenal.
  2. Mengandungi asid laurik yang penting dalam merawat jangkitan kulat dan candida.
  3. Mengandungi lesitin yang penting untuk metabolisme kolesterol.
  4. Mengandungi antioksida yang membantu mengelakkan lemah arteri.
  5. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E dan vitamin K serta mineral penting selenium.
  6. Lemak tepu yang terkandung dalam mentega mempunyai sifat antikanser yang hebat.
  7. Mentega mengandungi asid linoleic yang menjadi ejen antikanser yang kuat, pembina otot dan penguat daya imuniti.
  8. Vitamin D yang terdapat dalam mentega adalah penting untuk penyerapan kalsium.
  9. Mentega juga boleh merangsang kesuburan pada kaum wanita.
  10. Menjadi sumber untuk mendapatkan tenaga dengan cepat dan tidak disimpan di dalam tisu adipose badan.
  11. Kolesterol yang terdapat di dalam lemak mentega adalah penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf kanak-kanak.
  12. Mengandungi asid arachidonic yang memainkan peranan dalam fungsi otak dan ia adalah komponen penting membran sel.
  13. Melindungi tubuh daripada terkena jangkitan sistem penghadaman yang boleh memudaratkan kesihatan.

Tip dikongsikan oleh Chef Johari Edrus (Jo)

Lihat juga: Cara ‘potong’ lemak dengan mudah.