Kenali Rempah-Ratus Dalam Masakan

Chef Norman Musa berkongsi rahsia khasiat rempah ratus dan cara terbaik menyimpannya

Bercakap mengenai rempah-ratus, sebenarnya ramai yang tidak tahu rempah-ratus yang diguna dalam makanan seharian mempunyai khasiat yang banyak, seperti juga ulam-ulaman yang boleh didapati di Malaysia. Berikut adalah serba perkongsian daripada Chef Norman Musa.

Chef Norman sebagai duta jenama rempah-ratus Kumar's yang terkenal di Eropah. Foto daripada akaun Chef Norman Musa.

Sepanjang berkecimpung dalam kerjaya chef, banyak yang telah saya pelajari tentang khasiat rempah-ratus sama ada dengan membuat kajian sendiri ataupun belajar daripada chef dari negara lain seperti India yang begitu terkenal dengan rempah-ratus yang digunakan dalam masakan mereka. Saya ingin berkongsi khasiat dan cara betul untuk menggunakan rempah-ratus serta cara terbaik untuk menyimpannya.

Baca juga: ITIK REMPAH MEDITERRANEAN OLEH ILI SULAIMAN

3 of 3

Kaedah Penyimpanan

Menyimpan rempah-ratus dalam balang kaca memang nampak cantik, namun ia akan melunturkan sedikit rasa. Foto daripada Pixabay.

Cara yang betul dan terbaik untuk menyimpan rempah-ratus adalah di dalam bekas kedap udara, tempat gelap dan juga sejuk. Elakkan menyimpan rempah-ratus di tempat yang panas. Sebaiknya, adalah di dalam peti sejuk tetapi anda boleh juga menyimpan rempah-ratus di dalam almari dapur yang tertutup. Menyimpan rempah-ratus di dalam balang kaca memang tidak digalakkan kerana cahaya dapat mengurangkan rasa asli rempah-ratus ini. Selalunya rempah-ratus boleh bertahan selama dua atau tiga tahun jika disimpan dengan cara yang betul. Pastikan anda menyimpan rempah-ratus secara berasingan dan tidak dicampur bersama.

3 of 3