Kenali Rempah-Ratus Dalam Masakan

Chef Norman Musa berkongsi rahsia khasiat rempah ratus dan cara terbaik menyimpannya

Bercakap mengenai rempah-ratus, sebenarnya ramai yang tidak tahu rempah-ratus yang diguna dalam makanan seharian mempunyai khasiat yang banyak, seperti juga ulam-ulaman yang boleh didapati di Malaysia. Berikut adalah serba perkongsian daripada Chef Norman Musa.

Chef Norman sebagai duta jenama rempah-ratus Kumar's yang terkenal di Eropah. Foto daripada akaun Chef Norman Musa.

Sepanjang berkecimpung dalam kerjaya chef, banyak yang telah saya pelajari tentang khasiat rempah-ratus sama ada dengan membuat kajian sendiri ataupun belajar daripada chef dari negara lain seperti India yang begitu terkenal dengan rempah-ratus yang digunakan dalam masakan mereka. Saya ingin berkongsi khasiat dan cara betul untuk menggunakan rempah-ratus serta cara terbaik untuk menyimpannya.

Baca juga: ITIK REMPAH MEDITERRANEAN OLEH ILI SULAIMAN

2 of 3

Khasiat Kari Untuk Tubuh

Sepanjang saya menetap di United Kingdom, sebelum menjadi seorang chef, ramai rakan nasihatkan saya supaya makan kari India atau Pakistan jika badan rasa tidak sihat dan demam. Rupa-rupanya, rempah-ratus yang disangai dan dikisar dalam masakan India atau Pakistan boleh menjadi penawar bagi mereka yang tidak sihat. Jintan putih yang mengandungi zat besi adalah rempah terbaik untuk menambah tenaga jika badan berasa lemah dan rempah ini juga bagus untuk anda membaiki daya ingatan.

Rempah-ratus dalam masakan Kari adalah bagus untuk kesihatan. Foto dari Mareefe/Pexels.com.

Selain itu, kulit kayu manis bagus untuk mengawal kadar gula di dalam badan dan sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Biji buah pala yang banyak diguna dalam masakan India dan Pakistan adalah bagus untuk mereka yang selalu mengalami masalah murung dan ia baik untuk sistem penghadaman.

2 of 3