Bagaimana Hasilkan Ayam Panggang Terbaik?

Rahsia dapatkan ayam panggang terbaik oleh pakar kulinari.

Memanggang ayam mungkin terasa rumit, terutamanya dengan bentuknya yang sukar dibaringkan di atas pemanggang, sekali gus sering dimasak tidak sekata. Chef Johari Edrus berkongsi enam langkah cepat menyiapkan ayam panggang berjus dengan kulit garing yang dipanggang sempurna dan menghasilkan aroma memikat.

Foto dari Pexels.com.

2 of 2

3. Sediakan Sapuan
Untuk seekor ayam, anda memerlukan satu sudu besar garam kasar, ditambah dengan setengah sudu besar gula perang. Gula membantu kulit ayam terbakar garing, selain menambah rasa enak. Seterusnya, anda boleh campur dan padankan rempah kisar serta herba kering kegemaran. Cuba campuran ketumbar kisar, parutan kulit limau segar, lada hitam yang ditumbuk dan perasa cayenne untuk sedikit sentuhan Mexico atau sentuhan Itali dengan campuran rosemary segar, serbuk bawang putih, lada, dan serpihan lada merah. Campur kesemua bahan hingga menepati selera anda. Kemudian ratakan pada semua bahagian ayam.

4. Cucukkan Lidi Besi
Jangan lupa untuk cucukkan lidi besi melalui kedua-dua paha dan bahagian bawah dada sebelum anda mula memanggang. Kaedah ini dapat menjadikan ayam panggang tampak cantik dan bahagian kaki serta dada tidak terpisah semasa ayam diterbalikkan nanti.

5. Membalikkan Ayam Panggang
Memasak ayam perlahan-lahan sebelum memanggangnya memberikan anda lebih banyak kawalan, membantu anda untuk mengelakkan ayam daripada terlalu masak ataupun hangit dan membantu mengekalkan kelembapan isi ayam secara teratur sepanjang waktu memanggang. Mulakan memasak ayam di bahagian sejuk pemanggang dua zon anda. Letakkan ayam dengan kulit ayam ke atas di atas pemanggang yang berhaba sederhana dan pastikan anda meletakkan bahagian betis pada zon yang lebih panas. Kemudian tutup pemanggang dan biarkan. Ia akan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk ayam sedia diterbalikkan. Periksa ayam anda selepas 20 minit dengan melihat kulitnya atau boleh guna peyukat suhu yang dibenamkan ke bahagian dada ayam. Pastikan bacaan suhu sekurang-kurangnya 54 darjah Celsius dan tidak melebihi 60 darjah Celsius.

Apabila ayam sudah siap untuk dibalik dan dilecurkan, buka penutup pemanggang dan terbalikkan ayam dengan kulitnya ke bawah kepada zon haba langsung. Bakar sehingga kulitnya garing dan bacaan suhu mencecah 71 darjah Celsius. Jika kulitnya kelihatan terbakar tetapi ayam anda masih tidak dimasak sepenuhnya, terbalikkan dada ke atas dan teruskan masak. Jika anda tidak mempunyai penyukat suhu, cucuk lidi pada bahagian paha ayam dan pastikan tiada lagi air yang keluar daripada dagingnya.

6. Rehat dan Hidangkan
Sebaik sahaja ayam sudah siap masak, pindahkan ke papan pemotong dan biarkan ia rehat selama sekurang-kurangnya lima minit sebelum dihidang.

2 of 2