3 Cara Bijak Untuk Lindungi Perkakas Dapur Daripada Bakteria

Span bersih, perkakas dapur terjaga

Memiliki perkakas atau peralatan dapur yang banyak dan cantik adalah salah satu impian wanita. Sudah tentu setiap satu peralatan ini memerlukan penjagaan yang sewajarnya. Dan alatan yang sering digunakan untuk membersihkan peralatan dapur ini adalah span.

Span dapur anda sebenarnya mengandungi lebih banyak kuman berbanding tandas di rumah anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidik dari Universiti Furtwagen, secebis span bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteri mencecah 54 bilion, sejumlah kecil daripada span itu pula mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.

Untuk menjamin kesihatan keluarga anda, cuba tiga cara atau idea ini untuk menjaga span dapur.

3 of 3

Gantikan Span Secara Berkala

Kadar penggunaan span menentukan berapa kerap anda perlu menukarnya. Jika anda jenis yang kerap memasak di rumah maka span itu harus ditukar sekali setiap tiga hingga empat minggu. Sebaliknya, jika anda sering makan di luar, anda masih perlu menggantikan span tersebut namun cuma perlu tukar sekali dalam sebulan.

Menghapuskan bakteria di span penyental bukan perkara yang mudah. Anda boleh menggunakan produk pembersihan komersial, memanaskannya dengan mesin ketuhar atau dengan merendamnya dalam air panas namun kaedah ini tidak sama sekali membunuh kesemua bakteria  hanya mengurangkannya sahaja. Selain itu, jangka hayat span juga akan menjadi lebih pendek jika ia didedahkan kepada suhu yang tinggi

 

 

 

3 of 3