3 Cara Bijak Untuk Lindungi Perkakas Dapur Daripada Bakteria

Span bersih, perkakas dapur terjaga

Memiliki perkakas atau peralatan dapur yang banyak dan cantik adalah salah satu impian wanita. Sudah tentu setiap satu peralatan ini memerlukan penjagaan yang sewajarnya. Dan alatan yang sering digunakan untuk membersihkan peralatan dapur ini adalah span.

Span dapur anda sebenarnya mengandungi lebih banyak kuman berbanding tandas di rumah anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidik dari Universiti Furtwagen, secebis span bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteri mencecah 54 bilion, sejumlah kecil daripada span itu pula mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.

Untuk menjamin kesihatan keluarga anda, cuba tiga cara atau idea ini untuk menjaga span dapur.

2 of 3

Gunakan Span Yang Betul

Jika anda gemar memasak, maka anda tidak dapat mengelakkan diri daripada tugas mencuci peralatan dapur. Proses ini memerlukan cara yang betul agar pembiakan bakteria tidak berlaku dengan pantas.

Namun, bukan mudah untuk menghapuskan kotoran degil daripada perkakas dapur yang tertentu. Oleh itu, anda harus menggunakan span penyental tahan lasak untuk membuang kotoran degil seperti Scotch Brite Heavy Duty Scouring Sponge. Dirumus menggunakan pakai pakai jaringan gentian yang tumpat dan seragam serta jumlah partikel pembersih yang tinggi agar span tersebut dapat mencuci tiga kali lebih baik dan tahan tiga kali lebih lama berbanding span penyental yang biasa.

Bagaimanapun, tidak semua perkakas dapur boleh dibasuh dengan span penyental yang lasak kerana ia boleh meninggalkan kesan calar di atas permukaan perkakas berkenaan dan ia boleh menjurus kepada pembiakan bakteria.

Scotch Brite Delicate Care Scrub Sponge

Bagi perkakas seperti ini, gunakan span penyental yang lembut dan bersifat anti calar seperti Scotch Brite Delicate Care Scrub Sponge dan Scotch Brite Non-Scratch Scrub Sponge.

Scotch Brite Non-Scratch Scrub Sponge

2 of 3