3 Cara Bijak Untuk Lindungi Perkakas Dapur Daripada Bakteria

Span bersih, perkakas dapur terjaga

Memiliki perkakas atau peralatan dapur yang banyak dan cantik adalah salah satu impian wanita. Sudah tentu setiap satu peralatan ini memerlukan penjagaan yang sewajarnya. Dan alatan yang sering digunakan untuk membersihkan peralatan dapur ini adalah span.

Span dapur anda sebenarnya mengandungi lebih banyak kuman berbanding tandas di rumah anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidik dari Universiti Furtwagen, secebis span bersaiz sebutir kiub gula boleh mengandungi bilangan bakteri mencecah 54 bilion, sejumlah kecil daripada span itu pula mungkin terdiri daripada bakteria patogenik yang boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan.

Untuk menjamin kesihatan keluarga anda, cuba tiga cara atau idea ini untuk menjaga span dapur.

1 of 3

Keringkan Span

Selain daripada proses pengendalian makanan mentah yag tidak betul, keracunan makanan boleh juga terjadi disebabkan oleh kontaminasi silang yang berkait rapat dengan span dapur anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda bilas dan peras span anda selepas setiap kali ia digunakan dan bersihkan kotoran yang dapat dilihat pada span tersebut.

Simpan span dapur di tempat yang kering dan elakkan daripada letakkan semula span tersebut di dalam bekas dapur. Anda tidak disarankan untuk meletakkan span yang lembap dalam ruang tertutup seperti di dalam baldi atau di bawah singki. Jika anda letakkan di atas kaunter dapur, span akan mengambil masa yang lama untuk kering.

Untuk memudahkan proses mengeringkan span, anda boleh gunakan span dapur yang didatangkan dengan alat pemengang seperti Scotch Brite Heavy Duty Easy Grip Scouring Sponge yang hadir dengan alat pemegang (Handy Sponge Holder) tersendiri. Ia membantu untuk mengeringkan span dengan mudah dan mengurangkan kadar pembiakan bakteria. Selain itu, ia juga dapat membuat dapur kelihatan lebih teratur dan menjimatkan ruang.

1 of 3