Gabungan Susu Dan Jus Untuk Sentiasa Kekal Bertenaga

Minuman susu dan jus buahan, Nutri Boost berikan tenaga berpanjangan untuk tubuh anda

Jenama minuman ringan terkenal, Coca-Cola telah melancarkan Nutir Boost™, minuman inovatif baru yang menggabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buahan sebenar dalam satu minuman susu dan jus yang mudah dan sedia diminum. Minuman berkhasiat itu kini boleh didapati di Malaysia.

Nutri Boost

Minuman ini boleh didapati dalam perisa oren dan strawberi, minuman susu dan jus  yang disahkan Halal ini diperkaya dengan vitamin A, B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti Zink dan Kalsium. Nutri Boost™ boleh didapati di seluruh negara dan dijual dalam botol bersaiz 250 ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.50.

Menurut Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia, Nutri Boost™ dicipta untuk memenuhi permintaa pengguna yang inginkan minuman yang memberikan manfaat seperti dalam susu dan juga kelazatan  dan kesegaran seperti dalam jus buahan.

Tambahnya lagi, minuman inia adalah satu cara yang menarik, lazat dan menyegarkan untuk membekalkan tenaga.

Bersempena dengan pelancaran ini, Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan aplikasi pengecaman muzik, Shazam, bagi membolehkan pengguna menebus botol percuma Nutri Boost™ dengan mudah melalui setiap imbasan isyarat audio dan visual dari komunikasi jenama tersebut.

Pengguna hanya perlu mengimbas iklan yang mengandungi isyarat Shazam dari Nutri Boost™ dan kemudian masukkan nama dan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan kod unik mereka. Ini boleh ditukar dengan mudah di kedai MyNews.com yang terdekat.

Nutri Boost™ dihasilkan di kilang pembuatan Coca-Cola di Enstek Halal Park.