Sos Pencecah Terbaik Untuk Anugerah Dapur with Love 2019

Sebagai pencecah atau penambah rasa untuk hidangan enak, Sos Nando’s Hot PERi-PERi pasti akan membuatkan anda mahukannya lagi dan lagi!
1 of 2

PEMENANG Sos Nando’s Hot PERi-PERi // KATEGORI Sos Pencecah Terbaik

Sensasi Pedas Menyengat

best dipping sauce

Berasal dari Afrika Selatan, ayam panggang PERi-PERi Nando’s tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia dengan rasanya yang pedas masam. Rahsia kepada rasa memikat ini adalah cili padi Afrika yang dikenali sebagai PERi-PERi. Tumbuh pada tanah subur di Afrika Selatan, cili ini dipetik dengan tangan oleh kira-kira 1,400 petani kecil. Gabungan bersama lemon dan bawang putih telah menghasilkan Sos Hot PERi-PERi yang digemari seluruh dunia.

Selain Hot, sos Nando’s PERi-PERi juga hadir dalam tahap kepedasan lain – Lemon & Herb, Medium, Garlic, Extra Hot dan XX Hot – untuk memuaskan selera semua bermula daripada yang baru mencuba PERi-PERi hingga kepada mereka yang mahukan lebih rasa pedas menyengat. Sos diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa tambahan MSG. Dapatkan sos ini dari mana-mana restoran Nando’s, pasar raya besar dan pasar raya – untuk digunakan sebagai bahan perasa atau perapan. Ini resipi untuk anda cuba!

1 of 2