Minyak Zaitun Extra Virgin Terbaik Untuk Anugerah Dapur With Love 2019 Love

Kebaikan tiga variasi buah zaitun dalam satu botol

PEMENANG Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel // KATEGORI Minyak Zaitun Extra Virgin Terbaik (Pilihan Editor)

Kualiti terbaik

Memberikan anda bahan yang terbaik, buah zaitun dalam Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel diperoleh dari Andalucia, Sepanyol. Sebagai salah satu dusun zaitun paling asli di Sepanyol, setiap usaha dibuat untuk memastikan hanya minyak zaitun berkualiti tinggi dihasilkan. Ketelitian ini adalah sebab minyak zaitun Naturel berbeza daripada yang lain. Naturel telah memilih tiga variasi buah zaitun Sepanyol terbaik untuk melalui proses pengekstrakan minyak cold pressed, bagi mengekalkan nutrien sihat dalam minyak zaitun extra virgin. Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel mengandungi kebaikan buah zaitun vairasi Hojiblanca, Arbequina dan Picual (HAP) yang menyihatkan , yang diformulasikan secara khusus untuk memberikan anda manfaat kesihatan- ia tinggi antioksidan, memiliki aroma zaitun dan rasa yang istimewa. Selain itu, Naturel juga menggunakan prosedur ujian kawalan kualiti yang komprehensif untuk menghasilkan minyak zaitun tulen yang digemari oleh kita semua. Minyak zaitun Naturel yang unik ini telah memenangi pengiktirafan sebagai jenama minyak zaitun terkemuka di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut di www.lamsoon.com.my

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Anugerah Dapur with Love 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Jun 2019.