Minyak Masak Terbaik Untuk Anugerah Dapur with Love 2019

Pilih minyak masak Naturel Blend. Jalani gaya hidup sihat, anda juga lebih sihat.

PEMENANG Minyak Masak Naturel Blend // KATEGORI Minyak Masak Terbaik (Pilihan Editor)

Pilihan lebih sihat

Minyak masak Naturel mendorong anda dan orang tersayang ke arah kehidupan yang lebih sihat. Diperbuat daripada bahan semula jadi, Naturel Blend adalah campuran minyak canola dan bunga matahari. Ia mengandungi Omega-3 dan Omega-6, yang penting untuk tumbesaran normal kanak-kanak. Sesuai untuk vegetarian, ia tinggi dengan asid lemak mono tidak tepu, di mana dapat membantu mengurangkan pasar kolesterol tidak baik dalam badan anda.

Sepanjang dekad yang lalu, Naturel berjaya mengekalkan kedudukan pertama sebagai jenama minyak pilihan, menurut kaji selidik Nielsen. Dapatkan Naturel Blend untuk menyediakan hidangan berkhasiat yang dapat membantu anda menjalani gaya hidup sihat. Itu adalah jaminan yang boleh anda percayai.

Inovasi DHA

Minyak Masak Naturel Forte DHa adalah minyak masak pertama yang diperkaya dengan DHA berasaskan tumbuhan di Malaysia. Ia adalah pilihan yang lebih sihat kerana DHA berasaskan tumbuhan ditanam di persekitaran yang lebih bersih dan bebas pencemaran. Omega-3 DHA juga terbukti secara saintifik dapat membantu membina fungsi kognitif yang kuat dan perkembangan otak. Ayuh dapatkan kebaikan DHA dalam setiap hidangan dengan Minyak Masak Naturel Forte DHA!

Ketahui lanjut mengenai minyak masak Naturel di www.lamsoon.com.my

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Anugerah Dapur with Love 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Jun 2019.