Mesin Kopi Terbaik Untuk Anugerah Dapur With Love 2019

Penuhi keperluan kafein anda di waktu pagi dengan Nespresso Lattissima One

PEMENANG Nespresso Lattissima One // KATEGORI Mesin Kopi Terbaik

nespresso lattissima one

Segarkan Diri Dengan Kopi Hebat

Mulakan hari anda dengan kopi kualiti terbaik, sebelum melangkah melakukan tugasan lain. Mesin kopi Nespresso Lattissima One mampu menghasilkan kopi enak memikat. Anda hanya perlu memilih perisa kegemaran daripada variasi kapsul kopi yang ada, dan hanya dengan satu sentuhan, anda boleh dapatkan kopi hitam ataupun bersusu. Ingin cepat? Usah khuatir. Kopi anda boleh siap dalam masa kira-kira 25 saat sahaja! Anda juga boleh memilih jenis susu yang anda mahukan – hanya isikan ke dalam jag susu dan mesin kopi ini akan sediakannya terus ke dalam cawan anda. Tugas membersih sangat mudah dengan adanya sistem bersih secara automatik, manakala jag susu boleh ditanggal dan dicuci.

JOM TONTON: Resipi dua jenis kopi lazat

Kopi Dengan Susu

Jika anda suka kopi bersusu, anda pasti teruja untuk mengetahui bahawa Nespresso telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan selama enam tahun untuk menghasilkan rangkaian kopi bersusu Barista Creations. Dengan 20,000 cappuccino yang diuji, rangkaian ini direka khusus untuk resipi kopi bersama susu. Setiap kapsul hadir dengan rasa berbeza untuk disesuaikan dengan selera anda – daripada pahit dan berasid hingga kepada rasa yang kuat dan beraroma.

  • Anda boleh padankan kopi ini bersama susu pilihan anda, seperti oat atau susu soya.

CHIARO

Kopi dengan rasa panggangan ringan membawa rasa manis karamel dan biskut apabila ditambah susu, menghasilkan kopi yang lembut.

SCURO

Gabungan dua dunia, rasa panggangan yang kuat ini melengkapkan penambahan susu.

CORTO

Teksturnya yang bersirap mempunyai rasa pekat dan pedas apabila dipadankan dengan susu.

Layari www.nespresso.com.my untuk ketahui lanjut berkenaan kapsul kopi dan Nespresso Lattissima One.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Anugerah Dapur with Love 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Jun 2019.