Beras Putih Terbaik Untuk Anugerah Dapur With Love 2019

Semangkuk nasi panas, lembut dan kaya aroma pastinya memberikan kepuasan.

PEMENANG Jasmine Sunwhite // KATEGORI Beras Putih Terbaik

Makanan ruji setiap hari

Sebut saja mengenai juadah nasi, pasti anda mahukan ia terhasil daripada sumber beras yang terbaik. Beras wangi Jasmine Sunwhite sentiasa menjadi pilihan ramai kerana sudah terkenal dengan beras wangi berkualiti tinggi dan kaya aroma memikat. Diimport dari Thailand setelah padi dikisar dan dibersihkan. Beras yang telah siap akan terus dibungkus bagi menjamin kebersihan serta kualitinya. Beras Jasmine Sunwhite diedar dalam pek saiz 1kg, 5kg dan 10kg. Aroma harum dengan tekstur lembut apabila ianya siap dimasak. Ia sesuai dimasak sebagai nasi putih biasa yang dimakan bersama lauk, mahupun sebagai Nasi Ayam. Selain kaya dengan aroma memikat, beras wangi Jasmine Sunwhite ini juga mengandungi nutrisi penting, serta bebas kolesterol dan gluten.

JOM TONTON: Panduan menyediakan Nasi Lemak 

Alternatif Lain Untuk Penuhi Keinginan Nasi

jasmine rice

Jika anda sedang cuba untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, boleh pilih beras basmathi PusaCream parboiled – diproses khusus untuk mengekalkan kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Padi ini ditanam di kaki bukit subur Himalaya di Punjab, India, ia diairi dengan air glasier yang sejuk dan bersih serta tinggi mineral. Nikmati setiap hidangan dengan rasa yakin. Ia tanpa kolesterol serta gluten, selain daripada itu, ianya rendah glycemic index (GI), lemak dan kanji.

Layari jasmine.com.my untuk info lanjut.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Anugerah Dapur with Love 2019 di dalam Majalah Jelita edisi Jun 2019.